11.16.2005

Membina Akhlak Kita

Faham hal baik dan buruk
Sentiasa membaca istighfar ketika kita melakukan keburukan, dan membaca hamdalah ketika melakukan kebaikan!!!
Cuba lakukan introspeksi diri sebelum tidur, siapa kita? Untuk apa kita hidup? Adakah hidup selepas mati? Siapa yang boleh tolong kita?!!!

Kuatkan iman kita
Apa yang boleh kita buat? Senang je, mulakan dengan sembahyang tahajud, sudah buat berapa kali dalam satu minggu? Dah buat sedekah? Kalau ada lebih wang belanja kita, tengoklah saudara kita yang tak mampu, bagi sedekahnya. Baca Al Qur’an berapa muka surat sehari kita baca? Insya Allah tiga hal ni boleh kuatkan iman, nak cuba?!!!

Berkawanlah dengan orang baik
Kawan sejati ialah yang boleh membantu kita dikala senang dan di waktu susah, kawan yang sangat baik ianya menunjuk kita dalam kebaikan. Kawan boleh membawa kita ke surga kerana kesolihannya, ataupun membawa kita ke neraka kerana ketolehannya, nak pilih yang mana?!!!

Tinggalkan tempat yang buruk
Pencuri itu lahir di tempat yang dipenuhi oleh perompak dan penyamun. Penjenayah itu takut kalau lalu pejabat polis. Seorang remaja muslim takut kalau mendengar kata dadah, iya ke?

Biasakan buat amal baik, walau kecil
Ketika kita naik bas/tren tengok wanita hamil berikanlah tempat duduk kita sebab ia lebih perlu. Pernahkah kita senyum pada orang yang tidak kita suka?

Terima nasihat dari orang lain
Walau kita dah pandai, belum tentu kita sempurna. Terimalah nasihat itu walaupun dari musuh kita. Kerana nasihat ialah ubat.

Buatlah sekarang, amalan baik
Jangan tunggu esok, sebab belum tentu kita boleh buat esok.

~dari Ust. DD~

No comments: